Siri Pantas Faham Haid (edisi kemaskini)
E-buku ini akan memberikan pendedahan awal kepada anak-anak seawal usia tujuh tahun mengenai ilmu haid. Dipersembahkan dalam bentuk komik dengan gaya bahasa yang santai. Ia juga amat sesuai digunakan oleh ibu bapa, guru-guru, anak remaja bahkan semua lapisan umur serta jantina. Boleh juga dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh para guru Pendidikan Islam. E-buku dalam bentuk penceritaan komik ini juga dapat memberi motivasi bahawa ilmu haid merupakan ilmu fardu ain yang wajib diketahui seawal usia kanak-kanak lagi. Diharap penulisan ini dapat merungkai segala salah faham sebelum ini tentang haid yang sering diambil mudah oleh masyarakat hari ini.
Currently No Review